# Hands-on Modul 4 — Google Sites Blueprint

## Senario

Bina satu halaman pusat maklumat untuk **Program Klinik Perkhidmatan Perumahan Selangor 2026**. Semua kandungan ialah data latihan.

## Pilih Audiens

- Peserta program
- Urus setia
- Pengurusan

## Rangka Halaman

| Seksyen | Kandungan wajib | Tindakan pengguna |
|---|---|---|
| Hero | Nama program, tujuan satu ayat | Fahami tujuan |
| Butiran | Tarikh, masa, tempat, sasaran | Semak maklumat |
| Tindakan | Arahan sebelum hadir atau pautan bahan | Lengkapkan tindakan |
| FAQ | Tiga soalan berdasarkan sumber | Dapatkan jawapan |

## Prompt Permulaan

> Bertindak sebagai penyunting kandungan portal sektor awam. Berdasarkan brief latihan yang diberikan, cadangkan kandungan satu halaman Google Sites untuk [AUDIENS]. Gunakan empat seksyen: Hero, Butiran Program, Tindakan Pengguna dan FAQ. Gunakan hanya fakta dalam brief. Jangan mereka-reka pautan, pegawai, syarat kelayakan atau nombor hubungan. Tandakan maklumat yang tiada sebagai `[PERLU DISAHKAN]`. Gunakan Bahasa Melayu yang ringkas dan jelas.

## Checklist

- [ ] Satu audiens utama dipilih.
- [ ] Tajuk dan tindakan utama jelas.
- [ ] Maksimum empat seksyen untuk hands-on.
- [ ] Satu fail Drive atau placeholder dimasukkan.
- [ ] `Preview` telefon dan komputer diperiksa.
- [ ] Editor dan published viewer dikenal pasti.
- [ ] Permission fail terbenam diperiksa secara berasingan.
- [ ] Laman tidak diterbitkan kepada umum semasa latihan.

## Output untuk Dikongsi

Ambil screenshot halaman dalam `Preview` atau tunjukkan skrin kepada rakan. Rakan perlu menjawab: “Apakah tindakan utama yang diminta oleh halaman ini?”
