# Latihan Modul 3 — Prompt Makeover

Tempoh dicadangkan: 25 minit  
Kaedah: Berpasangan atau bertiga  
Sumber: Brief Program Klinik Perkhidmatan Perumahan Selangor 2026

## Pusingan 1 — Baiki Prompt Lemah

Prompt asal:

> Buat laporan program yang lengkap.

Bina prompt baharu menggunakan:

1. Peranan
2. Tugasan
3. Konteks
4. Sumber/Data
5. Batasan
6. Format

### Ruang Kerja

- **Peranan:**
- **Tugasan:**
- **Konteks:**
- **Sumber/Data:**
- **Batasan:**
- **Format:**

## Pusingan 2 — Jana dan Audit

1. Masukkan prompt lengkap ke Gemini.
2. Baca output tanpa terus menyalinnya.
3. Gunakan prompt audit berikut:

> Bandingkan draf ini dengan brief sumber. Bina jadual dengan lajur Pernyataan, Bukti dalam sumber dan Status. Gunakan status Disokong, Tidak disokong atau Perlu disahkan. Jangan tambah fakta baharu.

4. Tandakan sekurang-kurangnya satu bahagian yang perlu dibetulkan atau disahkan.

## Pusingan 3 — Sesuaikan untuk Pengurusan

Gunakan follow-up prompt:

> Berdasarkan audit tadi, hasilkan ringkasan pengurusan maksimum 150 patah perkataan. Gunakan hanya fakta yang disokong oleh brief. Strukturkan kepada Latar Belakang, Objektif, Pelaksanaan dan Perkara untuk Keputusan. Tandakan maklumat yang belum diberikan sebagai `[PERLU DISAHKAN]`.

## Kriteria Kejayaan

- Tugasan dan audiens jelas.
- Sumber yang dibenarkan dinyatakan.
- Tiada fakta rasmi direka.
- Batas panjang dan format dipatuhi.
- Output telah diaudit dan diperbaiki.

## Cabaran Tambahan

Ubah ringkasan pengurusan kepada versi WhatsApp dalaman maksimum 60 patah perkataan tanpa mengubah fakta.
