AKL
001kursus0%
001 / lphs24.09.2026 · shah alam
Foto sesi kursus

belajar ai.
guna hari
yang sama.

buku kerja digital untuk kursus pengenalan kecerdasan buatan sektor awam — sembilan modul, tiga puluh satu prompt sedia salin, semuanya pada peranti anda sendiri.

skrol
Foto amali 1
Foto amali 2
Foto amali 3
Foto amali 4
masa8.30 pagi hingga 4.30 petang
tempatBLOK F1
peserta58 pegawai awam
penceramahts. zatusi shaman bin abu bakar
002 / buku kerja

bukan lms.
buku kerja.

portal ini melengkapi slaid pembentangan. peserta ikut penerangan modul, salin prompt terus ke gemini, muat turun bahan, jawab kuiz, dan rekod pelan tindakan selepas kursus.

i.ikut sepanjang sesikandungan ringkas, prompt berkaitan dan bahan muat turun bagi setiap modul.
ii.salin, tampal, cuba31 prompt boleh dicari dan ditapis ikut modul atau kegunaan.
iii.semak sendirikuiz setiap modul dan penilaian akhir 12 soalan; skor lulus 70%.
Foto amali peserta
satu harisembilan modultiga puluh satu
prompt
003 / sesi
005

sesi sehari, dalam angka

9modul, daripada pengenalan ai generatif hingga refleksi
31prompt sedia salin, ditapis ikut modul dan kegunaan
58pegawai sektor awam dalam satu sesi penuh 8 jam
70%skor lulus penilaian akhir, 12 soalan rawak
gemini · notebooklm · google sheets · google slides · google docs · gmail · google sites · teknik prompt · etika ai · responsible ai · gemini · notebooklm · google sheets · google slides · google docs · gmail · google sites · teknik prompt · etika ai · responsible ai ·
006 / perpustakaan prompt

salin. tampal. cuba.

setiap prompt disimpan bersama modul asalnya — cari ikut kata kunci, tapis ikut modul, tekan sekali untuk salin.

m03 · teknik prompt
Bertindak sebagai pegawai penyedia taklimat pengurusan. Gunakan hanya kandungan dalam [SUMBER]. Hasilkan ringkasan maksimum 150 patah perkataan dengan…
m08 · sheets
Berdasarkan data dan Pivot table yang dipilih, cadangkan tiga dapatan untuk pengurusan. Bagi setiap dapatan, nyatakan angka sokongan, julat atau jadua…
m06 · notebooklm
Berdasarkan semua sumber terpilih, hasilkan ringkasan pengurusan maksimum 180 patah perkataan dengan Latar Belakang, Butiran Disahkan, Isu/Risiko, Cad…
Foto penceramah
007 / penceramah

ts. zatusi shaman bin abu bakar

mengendalikan sesi penuh 8.30 pagi hingga 4.30 petang, termasuk latihan amali gemini dalam google workspace untuk tugasan harian sektor awam.

ai generatifgoogle workspaceresponsible ai
008 / jadual & panduan

jadual, panduan dan peraturan.

Selamat Datang

Portal ini ialah buku kerja digital peserta. Gunakannya untuk mengikuti penerangan, menyalin prompt, membuka bahan latihan, menjawab kuiz dan merekod tindakan yang mahu diamalkan selepas kursus.

Hasil Kursus

Pada akhir kursus, peserta dapat:

  • menerangkan konsep dan perkembangan AI generatif;
  • mengenal pasti tugasan kerja yang sesuai dibantu AI;
  • membina prompt yang jelas, bersumber dan mempunyai batasan;
  • menggunakan Gemini bersama Sites, Slides, NotebookLM, Docs, Gmail dan Sheets;
  • menghasilkan bahan kerja daripada satu senario yang konsisten; dan
  • mengamalkan keselamatan data, etika, semakan fakta serta akauntabiliti manusia.

Aliran Pembelajaran

Langkah Tindakan
Fahami Baca konsep dan contoh ringkas.
Lihat Ikuti demonstrasi penceramah.
Cuba Laksanakan tugasan menggunakan data latihan.
Semak Audit fakta, data, bahasa, akses dan output.
Uji Diri Jawab kuiz tanpa memasukkan nama.
Bawa Pulang Catat satu amalan yang boleh terus digunakan.

Jadual Ringkas

Masa Sesi
8.30–10.30 pagi Modul 1–3: Asas AI, Responsible AI dan prompting
10.30–10.40 pagi Rehat
10.40 pagi–1.00 petang Modul 4–6: Sites, Slides dan NotebookLM
1.00–2.30 petang Makan tengah hari dan solat
2.30–4.10 petang Modul 7–8: Docs, Gmail dan Sheets
4.10–4.30 petang Modul 9: Rumusan, penilaian dan Q&A

Peraturan Data Latihan

Gunakan bahan rekaan dalam portal ini sahaja. Jangan masukkan nama, nombor pengenalan, alamat, maklumat pelanggan, dokumen dalaman, butiran perolehan, kata laluan atau maklumat terperingkat sebenar.

Sebelum Bermula

  • Log masuk ke akaun MyGovUC atau Google Workspace yang dibenarkan.
  • Uji akses kepada Gemini, Google Sites dan NotebookLM / Gemini Notebook.
  • Gunakan komputer riba jika tersedia.
  • Bekerja berpasangan atau bertiga jika akses atau peranti terhad.
  • Pilih peranan kumpulan: Prompt Writer, Reviewer dan Data Guardian.

Formula Sepanjang Kursus

STOP — CHECK — USE

  • STOP: Nilai data, tujuan, platform dan kebenaran sebelum menggunakan AI.
  • CHECK: Semak sumber, fakta, tarikh, angka, bahasa, bias, data dan akses.
  • USE: Edit dan gunakan hanya selepas pengesahan manusia.

Senario Kursus

Semua latihan menggunakan Program Klinik Perkhidmatan Perumahan Selangor 2026, iaitu program rekaan untuk tujuan pembelajaran. Senario ini bukan kenyataan atau program rasmi LPHS.

Nota Ketersediaan Fungsi

Nama butang dan fungsi Gemini boleh berbeza mengikut lesen, bahasa, akaun dan tetapan pentadbir. Jika sesuatu fungsi tiada, gunakan prompt yang sama dalam Gemini yang diluluskan dan pindahkan hasil secara manual selepas semakan.

009 / privasi

tiada nama. tiada e-mel. tiada pangkalan data.

laman statik sepenuhnya. progres modul dan skor kuiz disimpan hanya dalam pelayar peranti anda, dan kandungan contoh sentiasa ditanda data latihan.